Hantar Jemputan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang prosedur kami, atau anda ingin meminta bantuan untuk mengimport arkib anda ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), sila hubungi jawatankuasa Open Doors melalui borang hubungan kami. Di bawah Syarat-Syarat Perkhidmatan AO3, semua pengimportan arkib perlu diluluskan oleh Open Doors.

  1. Lawat archiveofourown.org, dan di dalam sudut atas kanan, tekan butang “Log In” (Log Masuk).
    Tetingkap Log Masuk
  2. Masukkan nama pengguna dan kata laluan untuk akaun arkivis anda. (Untuk kemudahan, anda juga boleh menyemak kotak di sebelah “Remember Me” (Ingatkan Saya) supaya lain kali anda tidak perlu log masuk semula.) Kemudian, tekan butang “Log In”.
    Butang dan bidang Log Masuk

  3. Tekan butang “Invitations” (Jemputan) di bawah nama akaun anda.
    Butang jemputan di bahagian kanan laman

  4. Masukkan alamat e-mel pengguna baharu dalam bidang “Email Address” (Alamat E-mel) dan kemudian tekan butang “Send Invitation” (Hantar Jemputan) di sudut bawah kanan.

    Bidang alamat e-mel dekat bahagian atas laman, dan butang Hantar Jemputan di bahagian kanan