Memindahkan Pelbagai Karya kepada Pereka

Sekiranya seorang pereka telah mengesahkan identiti dan nama akaun Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) mereka dengan moderator kumpulan dan/atau Open Doors SELEPAS karya-karya mereka telah dipindahkan (contohnya, mereka terlewat menerima makluman tentang pemindahan), anda boleh memindahkannya secara sekaligus dengan menambahkan pereka asal sebagai co-pereka bagi kesemua karya mereka, dan kemudian mengeluarkan akaun penjaga daripada karya-karya tersebut.

  1. Semasa dilog masuk dalam akaun penjaga, pilih My Works (Karya Saya).
  2. Daripada laman tersebut, tekan “Edit Works” (Edit Karya) untuk mengedit karya-karya secara berkumpulan.
  3. Pilih semua tajuk karya yang akan dipindah. Semua tajuk karya adalah berbentuk pautan. Hal ini membolehkan anda membuka sebuah karya dalam tab baharu dan memeriksa sama ada karya tersebut adalah karya yang betul atau tidak. (Sekiranya anda hanya menukar sebilangan karya yang kecil, ia mungkin lebih berkesan dengan menggunakan nama pereka dalam Cari Karya, dan mengedit karya-karya tersebut satu persatu.)
  4. Tekan “Edit” (Edit).
  5. Dalam bahagian Preface (Pengantar) laman ini terdapat pilihan untuk “Add co-authors?” (Tambahkan Co-Pereka). Taipkan nama pereka dan ia akan muncul dalam menu drop-down sebagai pilihan. (Jangan menukar apa-apa yang lain, atau ia akan menggantikan data asal karya tersebut.)
  6. Tekan “Update All Works” (Kemaskini Semua Karya) di bawah.
  7. Ulangi langkah 1 – 4, tetapi sebaliknya daripada menambahkan co-pereka di halaman Edit dalam langkah 5, anda boleh mengeluarkan nama pereka semasa. Semak kotak di nama akaun sementara untuk mengalihkannya keluar. (Sekiranya anda membuat langkah ini satu karya demi satu karya, tekan “Edit” di bahagian atas laman, dan kemudian tekan “Remove Me as Co Author” (Keluarkan Saya Sebagai Co-Pereka) di bahagian atas laman yang berikutnya.)
  8. Tekan “Update All Works” (Kemaskini Semua Karya) di bawah, dan karya-karya akan berjaya dipindahkan.