Menambahkan Sebilangan Karya kepada sebuah Koleksi

1. Semasa dilog masuk dalam akaun anda, gerakkan tetikus anda ke ikon pengguna anda dan pilih: “My Works” (Karya Saya).

2. Tekan butang “Edit Works” (Edit Karya).

3. Tandakan semua karya yang anda ingin pindahkan ke sebuah koleksi tertentu.

4. Tekan butang “Edit” (Edit).

5. Dalam bahagian “Associations” (Persatuan) laman ini terdapat pilihan “Post to Collections / Challenges” (Terbitkan kepada Koleksi / Cabaran).

Mula menaipkan nama koleksi dan ia patut muncul dalam auto-lengkap. (Jangan menukar apa-apa yang lain, atau ia akan menggantikan apa yang terdapat pada karya tersebut pada asalnya.)

6. Tekan “Update All Works” (Kemaskini Semua Karya) di bawah.