Kami adalah projek Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-bahan Digital dan Bukan Digital) yang didedikasikan untuk memberikan perlindungan kepada kandungan fannish yang berisiko. Kami mempunyai beberapa subprojek dan usaha menyelamat yang bertujuan mengarkib dan memelihara pelbagai jenis hasil karya peminat (fanwork) dan artifak budaya peminat.
Misi kami ialah memelihara fanwork untuk masa hadapan sambil menghormati pereka-pereka mereka.
Nilai-nilai kami ialah:
- Menghormati para pereka serta satu sama lain
- Bekerjasama sebagai satu pasukan
- Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang mantap
- Menghormati dan menggalakkan kepelbagaian
- Berkomunikasi secara terbuka/efisien dengan satu sama lain, ahli jawatankuasa OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) lain, serta komuniti
- Berdedikasi dalam menambah baik proses-proses kami secara berterusan, termasuk sebagai tindak balas kepada maklum balas komuniti dan dalaman
- Mempercayai bahawa semua arkib dan fanwork mempunyai nilai intrinsik dan direka sama rata
- Memformalkan dan mendokumentasi proses-proses piawai untuk diikuti
- Melengkapkan sukarelawan kami dengan latihan untuk mengetahui dan bertindak bersesuaian dengan misi, nilai-nilai kami, serta proses-proses kami yang telah diwujudkan
Kerja kami merangkumi:
- Online Archives (Arkib-Arkib Atas Talian) (halaman tersedia dalam Bahasa Inggeris):
Halaman Arkib-Arkib Atas Talian dipautkan ke arkib-arkib yang telah diselamatkan serta cabaran-cabaran yang diacarakan di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), yang mewakili majoriti kegiatan Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital. - Special Collections (Koleksi Khas) (halaman tersedia dalam Bahasa Inggeris): Galeri Koleksi Khas merangkumi projek-projek digital yang tidak dapat digabungkan dengan AO3 atau Fanlore pada masa ini. Ini termasuk fail-fail .pdf, fanwork multimedia, laman peminat yang penting dari segi sejarah, serta artifak-artifak digital yang lain.
- Fan Culture Preservation Project (Projek Pemeliharaan Budaya Peminat): Sebuah usaha sama antara OTW dan institusi-institusi seperti Jabatan Koleksi Khas di Universiti Iowa untuk mengarkib dan memelihara fanzine serta bentuk-bentuk budaya peminat bukan digital yang lain.
- GeoCities Rescue Project (Projek Penyelamatan GeoCities) (halaman tersedia dalam Bahasa Inggeris): Sebuah projek yang didedikasikan kepada pemeliharaan laman peminat yang mungkin sebaliknya akan hilang berikutan penutupan GeoCities oleh Yahoo pada Oktober 2009.
- Yahoo Groups Rescue Project (Projek Penyelamatan Yahoo Groups) (dalam Bahasa Inggeris): Sebuah projek yang didedikasikan kepada pemeliharaan hasil fiksyen dan seni peminat serta meta daripada Yahoo Groups yang mungkin sebaliknya akan hilang berikutan penutupan Yahoo Groups oleh Verizon pada Januari 2020.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Projek Pemeliharaan Bahan-bahan Digital dan Bukan Digital serta proses-proses kami, sila layari laman FAQ kami.