Soalan-soalan Umum
Projek Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) bertanggungjawab dalam memelihara hasil karya peminat (fanwork) untuk masa hadapan. Tujuan kami khususnya adalah untuk memelihara projek-projek fannish yang berkemungkinan lenyap disebabkan oleh kekurangan masa, minat atau sumber daripada pihak penyelenggara sekarang.
Syarat-Syarat Perkhidmatan kami boleh dijumpai di bahagian V, seksyen D Syarat-Syarat Perkhidmatan Archive Of Our Own (AO3) – Arkib Milik Kita.
Memastikan pereka-pereka asal hasil karya peminat (fanwork) diiktiraf sepenuhnya serta mempunyai sebanyak mungkin kuasa ke atas karya mereka merupakan perkara yang sangat penting bagi OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) dan Archive of Our Own (AO3) – Arkib Milik Kita. Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) mempunyai alatan-alatan dan prosedur-prosedur standard untuk memastikan bahawa usaha yang sewajarnya diambil untuk menghubungi para pereka sebelum dan selepas karya-karya mereka diimport ke AO3 (supaya mereka maklum tentang apa yang berlaku dan berpeluang untuk menghubungi kami jika perlu), serta memastikan bahawa semua pereka diiktiraf dengan sepenuhnya dan sentiasa berpeluang untuk menuntut/memadam/meyatimkan/mengubah karya-karya mereka mengikut kemahuan.
Sesiapa sahaja boleh mencadangkan arkib untuk pemeliharaan, termasuk ahli arkib, penyelaras, pereka dan pembaca. Jadi, jika anda mengetahui tentang arkib yang telah ditutup atau tidak lagi tersedia dalam talian, atau mempunyai masa hadapan yang tidak menentu, beritahu kami melalui borang hubungan kami.
Sila hubungi Jawatankuasa Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital).
Fan Culture Preservation Project (Projek Pemeliharaan Budaya Peminat)
OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) dan Universiti Iowa akan meneroka kaedah-kaedah untuk mendigitalkan sesetengah bahan ini supaya peminat yang ingin melihatnya akan mempunyai akses walaupun mereka tidak dapat pergi ke Iowa, Amerika Syarikat. Kami berharap agar dapat berhubung dengan seramai mungkin pereka karya-karya ini untuk mendapatkan kebenaran berkongsi karya mereka dengan lebih meluas di dalam talian.
Menghormati hak dan privasi peminat merupakan kepentingan utama bagi Universiti Iowa dan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif). Senarai umum biasanya hanya akan mengandungi tajuk zine dan fandom (i.e. Blake’s Seven: The Other Side 1, 3 [1986-1987]), sama seperti cara majalah disenaraikan dalam katalog perpustakaan. Walau bagaimanapun, kami berharap untuk mendapatkan kebenaran daripada setiap penulis dan editor untuk berkongsi kandungan mereka secara lebih meluas di dalam talian.
Bahan-bahan di dalam koleksi ini akan kekal berada di Universiti Iowa. Walau bagaimanapun, pasukan Koleksi Istimewa bersedia untuk membuat fotokopi dan menghantar sehingga 100 salinan fotokopi kepada para sarjana ataupun mana-mana pihak yang berminat pada kadar 25 sen sehelai, mengikut prosedur standard mereka.
Ya. Kami boleh membantu anda menyediakan wasiat yang bersesuaian.
Hubungi ahli jawatankuasa Open Doors untuk mendapatkan bantuan berkaitan derma untuk projek ini.
Kami boleh membantu! Fan Culture Preservation Project (Projek Pemeliharaan Budaya Peminat) boleh menguruskan bayaran pos serta pungutan UPS untuk bahan derma. Jangan biarkan kos ataupun jumlah yang banyak menghalang anda daripada menderma.
Tidak: Fan Culture Preservation Project (Projek Pemeliharaan Budaya Peminat) serta Universiti Iowa berminat untuk mengumpul bahan-bahan daripada para peminat dari seluruh pelosok dunia, termasuk bahan-bahan bukan dalam bahasa Inggeris, atau yang datang bukan dari negara berbahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, sama seperti dermaan dari Amerika Syarikat, kemampuan kami untuk membantu dengan penghantaran akan bergantung pada sumber yang sedia ada.
Arkib Memorial
Arkib Memorial Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) adalah arkib-arkib hasil karya peminat (fanwork) daripada pereka yang telah meninggal dunia. Arkib-arkib ini terutamanya direka oleh AO3 dan berkolaborasi dengan waris pereka yang telah meninggal dunia atau waris terdekat fannish yang ditetapkan.
Koleksi-koleksi ini adalah untuk memelihara legasi pereka setelah mereka tiada, untuk memastikan karya mereka kekal tersedia.
Anda boleh mencipta satu koleksi untuk pereka melalui arkib memorial di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita). Untuk berbuat demikian, anda perlu menjadi waris terdekat pereka tersebut atau waris terdekat fannish yang ditetapkan. Permohonan untuk koleksi memorial boleh dihantar terus melalui borang permohonan kami. Selepas kami menerima borang ini, kami boleh memulakan proses permohonan. Proses ini memerlukan anda dan seorang ahli dari Open Doors menandatangani Memorandum Persefahaman yang memperincikan terma import, pengumuman koleksi memorial, dan mencipta satu akaun arkib untuk anda memuat naik karya-karya tersebut.
Di Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital), permintaan untuk arkib memorial hanya boleh dibuat oleh waris terdekat pereka atau waris terdekat fannish pereka yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, jika anda ingin melihat hasil karya peminat (fanworks) pereka diimport, anda boleh hubungi kami melalui borang hubungan kami dan masukkan maklumat tentang waris terdekat pereka atau waris terdekat fannish yang ditetapkan, jika anda mempunyai maklumat tersebut.
Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita) membenarkan pengguna untuk menetapkan seseorang untuk menguruskan hasil karya peminat (fanworks) anda sekiranya anda meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya. Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) hanya melayan permohonan untuk arkib memorial untuk waris terdekat pereka yang telah meninggal dunia atau waris terdekat fannish. Untuk lebih maklumat tentang waris terdekat fannish dan cara untuk menetapkan seseorang sebagai waris terdekat fannish anda, sila lihat FAQ AO3.