Adakah Fan Culture Preservation Project (Projek Pemeliharaan Budaya Peminat) mempunyai kriteria bagi bahan yang didermakan berdasarkan bahasa atau negara asal?

Tidak: Fan Culture Preservation Project (Projek Pemeliharaan Budaya Peminat) serta Universiti Iowa berminat untuk mengumpul bahan-bahan daripada para peminat dari seluruh pelosok dunia, termasuk bahan-bahan bukan dalam bahasa Inggeris, atau yang datang bukan dari negara berbahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, sama seperti dermaan dari Amerika Syarikat, kemampuan kami untuk membantu dengan penghantaran akan bergantung pada sumber yang sedia ada.