Anda mungkin tidak menulis semua karya tersebut, tetapi jika anda merupakan moderator arkib, anda telah menerima tanggungjawab untuk memastikannya kekal dalam talian dan boleh diakses. Kami berpendapat bahawa memindahkan arkib ke dalam Archive of Our Own –AO3 (Arkib Milik Kita) adalah sama seperti menukar hos web atau ISP, atau memasang pakej perisian yang dikemas kini untuk arkib; seperti ahli pustakawan memindahkan koleksi.