Bagaimana dengan privasi peminat? Ramai peminat yang telah menerbitkan cerita dengan menggunakan nama sebenar mereka.

Menghormati hak dan privasi peminat merupakan kepentingan utama bagi Universiti Iowa dan OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif). Senarai umum biasanya hanya akan mengandungi tajuk zine dan fandom (i.e. Blake’s Seven: The Other Side 1, 3 [1986-1987]), sama seperti cara majalah disenaraikan dalam katalog perpustakaan. Walau bagaimanapun, kami berharap untuk mendapatkan kebenaran daripada setiap penulis dan editor untuk berkongsi kandungan mereka secara lebih meluas di dalam talian.