Saya ingin melihat hasil karya peminat (fanwork) pereka yang telah meninggal dunia diimport sebagai koleksi memorial, tetapi saya bukan waris terdekat pereka tersebut, ataupun saya bukan ditetapkan sebagai waris terdekat fannish mereka. Apakah yang boleh saya buat?

Di Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital), permintaan untuk arkib memorial hanya boleh dibuat oleh waris terdekat pereka atau waris terdekat fannish pereka yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, jika anda ingin melihat hasil karya peminat (fanworks) pereka diimport, anda boleh hubungi kami melalui borang hubungan kami dan masukkan maklumat tentang waris terdekat pereka atau waris terdekat fannish yang ditetapkan, jika anda mempunyai maklumat tersebut.