Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai prosedur kami, atau anda ingin meminta bantuan untuk mengimport arkib anda ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), sila hubungi jawatankuasa Open Doors melalui borang hubungan kami. Di bawah Syarat-Syarat Perkhidmatan AO3, semua pengimportan arkib perlu diluluskan oleh Open Doors.
- Lawat archiveofourown.org, dan pada sudut atas kanan, tekan butang “Log In” (Log Masuk).

- Masukkan nama pengguna dan kata laluan untuk akaun arkivis anda. (Untuk kemudahan, anda juga boleh menyemak kotak di sebelah “Remember Me” (Ingatkan Saya) supaya lain kali anda tidak perlu log masuk semula.) Kemudian, tekan butang “Log In”.
- Tekan butang “Invitations” (Jemputan) di bawah nama akaun anda.
- Masukkan alamat e-mel pengguna baharu dalam bidang “Email Address” (Alamat E-mel) dan kemudian tekan butang “Send Invitation” (Hantar Jemputan) di sudut bawah kanan.