Sekiranya arkib yang diimport oleh projek Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) mengandungi karya-karya yang telah anda terbitkan ke Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita), anda boleh menambah karya-karya tersebut ke koleksi arkib pengimport.
Harap maklum bahawa sekiranya karya-karya anda telah diimport ke AO3 melalui pengimportan arkib automatik dan anda ingin mengambil tahu cara untuk menuntut karya-karya tersebut, anda boleh merujuk Menuntut Karya Selepas Pengimportan Automatik Open Doors.
Sekiranya anda hanya ingin menambah satu karya ke koleksi, sila rujuk Bagaimanakah cara untuk menambah sebuah karya ke koleksi?
Sekiranya anda mempunyai banyak karya yang anda ingin tambahkan ke sesebuah koleksi, anda boleh menambah karya-karya tersebut dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Apabila anda telah log masuk, pilih “My Works” (Karya Saya) daripada menu “Hi (Hai), [nama pengguna]!” pada bahagian atas laman. Sekiranya anda sedang berada di Dashboard (Papan Pemuka) anda, anda juga boleh memilih “Works” (Karya) daripada bar sisi navigasi (bar ini terdapat pada bahagian atas halaman jika anda menggunakan peranti mudah alih).
- Pilih butang “Edit Works” (Edit Karya) pada bahagian kanan atas halaman pada desktop (atau di bawah pengepala “Karya Saya” pada peranti mudah alih) untuk mengakses halaman Edit Multiple Works (Edit Pelbagai Karya).

Rajah 1: Butang “Edit Karya” pada halaman Karya Saya. - Tandakan kotak di sebelah semua karya yang anda ingin tambahkan ke sesebuah koleksi. Harap maklum bahawa karya anda akan dibahagikan mengikut fandom.

Rajah 2: Memilih pelbagai karya untuk diedit. - Selepas menanda kotak-kotak bersebelahan semua karya yang ingin anda tambahkan ke sesebuah koleksi, pilih butang “Edit” (Edit) berhampiran bahagian kanan atas halaman pada paparan desktop serta peranti mudah alih.
- Pergi ke pilihan Add To Collections (Tambah Ke Koleksi). Apabila anda mula memasukkan nama koleksi, ia akan sepatutnya muncul sebagai pilihan autolengkap. Terdapat kemungkinan besar bahawa nama koleksi tersebut akan sama dengan nama arkib dari mana karya-karya anda diimport, cth. “Turkfanfiction.” Pilih koleksi ke mana anda ingin tambahkan karya-karya anda daripada senarai autolengkap. Jangan ubah apa-apa lagi pada halaman ini melainkan anda benar-benar pasti, kerana ia akan mengubah maklumat untuk semua karya yang anda tandakan. Sekiranya anda kurang pasti tentang nama koleksi, sila semak Galeri Koleksi Khas kami untuk mendapatkan maklumat lanjut atau hubungi Open Doors.

Rajah 3: Contoh autolengkap Tambah Ke Koleksi pada halaman Edit Pelbagai Karya. - Setelah memilih koleksi ke mana anda ingin menambahkan karya anda, pergi ke bahagian bawah laman dan pilih butang “Update All Works” (Kemas Kini Semua Karya) di sebelah kanan untuk menyimpan perubahan anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara mengedit pelbagai karya, sila rujuk Bagaimanakah boleh saya mengedit pelbagai karya pada masa yang sama?
Di manakah boleh saya mendapat maklumat lanjut sekiranya soalan saya tidak dijawab di sini?
Beberapa soalan yang kerap ditanya tentang Open Doors telah dijawab dalam FAQ Open Doors. Anda juga mungkin ingin merujuk kepada Tutorial Open Doors kami. Anda boleh mendapatkan jawapan kepada beberapa soalan umum tentang AO3 FAQ AO3, dan beberapa istilah umum dijelaskan dalam Glosari. Soalan dan jawapan berkaitan dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan AO3 boleh dijumpai di FAQ Syarat-Syarat Perkhidmatan. Anda juga boleh merujuk kepada Isu AO3 Yang Diketahui. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Open Doors atau hubungi Bantuan.