Mengapakah saya patut memindahkan projek arkib/fannish dalam talian saya ke Open Doors (Projek Pemeliharaan Bahan-Bahan Digital dan Bukan Digital) dan OTW?

Terdapat beberapa kelebihan membuat sandaran atau memindahkan hasil karya peminat dalam arkib anda.

  • Pemeliharaan jangka panjang: Arkib anda akan dikekalkan dan disokong walaupun anda kehilangan akses internet, minat atau masa.
  • Infrastruktur: OTW (Organisasi Karya-Karya Transformatif) disediakan untuk mengumpulkan sukarelawan serta memberikan nasihat dan bantuan teknikal untuk mengekalkan dan mengembangkan koleksi atau projek anda.
  • Sumbangan yang menggalakkan: Sukarelawan dan penyumbang lebih cenderung untuk melabur masa dan tenaga mereka dalam projek apabila mereka mempunyai jangkaan sebenar bahawa karya mereka akan terpelihara hingga ke masa hadapan.
  • Sokongan kewangan dalam persekitaran bukan keuntungan: OTW tidak akan mengeksploitasi karya anda atau karya penyumbang anda untuk keuntungan individu.